20110215

tidak hormat hari kelahiran kekasih


Maulidur Rasul 7 tahun lepas yang jatuh sekitar hujung bulan 5 atau awal bulan 6 akan aku ingat sampai bila-bila. 

Segerombolan rakan serumah join camping tasik kenyir anjuran sebuah kelab belia. Semua ahli rombongan terdiri daripada para remaja terlajak yang ingin melegakan tekanan belajar. 

Semua bergembira dan menyanyi girang sambil bermain daun terup di atas bas. Tak cukup atas bas,sambung pula atas bot. Ingatkan nak sambung pula dalam khemah tapi Allah Maha Besar. 

Bot puak-puak main daun terup ni karam langgar kayu hanyut. Puak-puak main daun terup ni sahaja. Puak-puak lain selamat. Kebetulan pula bot puak-puak main daun terup ni saja yang bawa makanan.

Walaupun tidak melibatkan pertaruhan tidak dikira judi tapi dapat pengajaran juga bagi mereka yang terleka sempena hari kelahiran kekasih.

6 ulasan:

  1. kadang2 Allah bayar cash. salam maulidur rasul bro!

    BalasPadam
  2. Tak pelah, biar pun lapar, janji ada pengajaran berguna kat situ dari Allah SWT.

    BalasPadam
  3. afrohead:insaf seketika.nasib baik tak ada yang mati.le[as tu aku main big two dalam rumah saja.salam maulidur rasul

    CikIna:Ada yang dapat diselamatkan.garam dan gula seudah tentu tidak.AR Tompel dalam Ahmad Albab marah kalau tak ada garam dan gula.

    BalasPadam
  4. ' kekayaan, jodoh pertemuan bukan terletak pada tangan bapak '

    entah betul ke tidak dialog sebenar tu. dah lupa.

    nasib baik karam masa main terup.
    nasib baik.


    .

    BalasPadam
  5. salam maulidur rasul gaks... huhuh insaf bace entri ni..

    BalasPadam
  6. BDC:balik naik botlain tapi driver yang sama.semua senyap dan mempamerkan akhlak terpuji.

    Bella:Salam maulidur rasul.semoga keinsafan berpanjangan

    BalasPadam