20110120

Cereka:Kisah seorang Dahlan

Ahli perniagaan berumur 28 tahun

Sejak kecil lagi Dahlan dikurniakan fikiran yang cerdas dan ramai orang mengatakan yang masa depan Dahlan secerah matahari. Semasa di sekolah rendah, Dahlan selalu menerima hadiah semasa hari penyampaian hadiah sekolah setiap tahun. Memang benar Dahlan bersekolah luar bandar dan hampir separuh murid masih belum mahir 3M tetapi dengan markah keseluruhan yang sedemikian rupa, Dahlan masih boleh menerima hadiah walaupun bersekolah di kawasan bandar.

Ketika di sekolah menengah Dahlan diterimamasuk ke sekolah berasrama. Dahlan tidak lagi mendapat hadiah tahunan memandangkan hampir kesemua murid mahir 3M. Walaupun begitu, Dahlan masih dikategorikan sebagai pelajar harapan. Selepas mendapat keputusan yang cemerlang peperiksaan sekolah menengah, Dahlan dihujani dengan pelbagai tawaran melanjutkan pelajaran ke puncak menara gading. Dahlan terima satu tawaran dengan hati yang girang.

Selepas beberapa bulan, kemahiran 3M Dahlan telah berubah daripada membaca,mengira dan menulis menjadi mencarut,menonton cerita lucah dan melukakan hati gadis-gadis yang kurang cantik. Dengan gadis-gadis cantik selalunya Dahlan yang terluka. Kehidupan Dahlan semakin huru hara. Dahlan selalu terminum air yang ada semut.

Setelah sekian lama bergelumang dengan kacau bilau, Dahlan menerima surat daripada bekas penaja pengajian untuk menghadiri sesi motivasi. Walaupun Dahlan sudah ditamatkan tajaan pengajian, namun pihak penaja tidak melupakan Dahlan. Di samping surat jemputan motivasi untuk menghadapi alam pekerjaan, pihak penaja turut menghantar surat peguam untuk pembayaran semula sepanjang Dahlan ditaja selama setahun dua bulan. Daripada anak emas penaja, Dahlan menjadi anak tiri dalam sekelip mata kerana dugaan dunia.

Setelah mengharungi beberapa sesi motivasi, tibalah masa seorang ahli perniagaan untuk memberi ceramah. Beliau bukan seorang pakar motivasi tapi dengan memiliki aset cair sebanyak RM 3juta pada usia 28 tahun, pengalaman beliau wajar dikongsi dengan anak-anak muda. Ahli perniagaan tersebut tidaklah sekacak mana. Berkepala botak licin, mata besar menyorot ganas, berbibir nipis dan tidak memiliki telefon pintar. Beliau menceritakan yang beliau amat terhutang budi kepada kekasih hati beliau ketika di sekolah rendah yang kini sah menjadi isteri beliau yang memberi galakan tanpa mengira jemu. Tambahan pula wang memulakan perniagaan dipinjam daripada isteri beliau yang ketika itu belum menjadi isteri yang sah. Berjumpa dengan ibu bapa pun belum lagi.

Sebagai ahli perniagaan yang amat yakin dengan kemampuan diri, beberapa ayat berkeyakinan tinggi terpacul dari mulut beliau."Kalau isteri aku suruh pilih antara kerjaya dan dia,aku akan pilih kerjaya. Tapi kalau dia tanya 12 tahun lagi,aku sudah tentu akan pilih dia. Aku dah pencen dan bergelar datuk wira setia mahkota pada masa tu".

Dahlan terpengaruh. Dia teringat Orkid,gadis manis jiran sebelah rumah. Dia mahu Orkid menjadi sumber inspirasi. 

Tetapi sebelum itu, Dahlan harus singgah ke kedai gunting rambut untuk membotakkan kepala.

2011:Dahlan yang tak jadi cukur kepala bersama-sama Orkid.Dahlan jadi superhero terkenal.

13 ulasan:

  1. bergemulang tu vocab baru ka?

    ...

    cerita ni lebeh kurang cultural shock.

    ' aini yg berasal dari kelantan, yg dulunya
    bertudung labuh kini berambut ungu muda ketika
    berada di tahun pertama, univ islam antarabgsa '

    hahaha

    nice entri dude!

    .

    BalasPadam
  2. alamak.typo lagi.kat mana,kat mana..arghh..malas nak cari.

    err...Dahlan tu bukan i tau..hehe

    BalasPadam
  3. hahaha
    perenggan empat.

    ' setelah sekian lama bergemulang dengan kacau bilau....'

    ...

    i selalu sangat disuruh jadi spelling-checker surat menyurat kat opis. dah terbiasa.

    kihkih. dahlan pun dahlan lah!

    .

    BalasPadam
  4. Oh..ubah sekarang.bln lepas masa interview kena wat esei.tulis 2 prenggan saja.kena prektis lagi ni.

    tapi ahli perniagaan tu wujud...

    BalasPadam
  5. Amboi lelaki sekarang pandai ye rembat perempuan yang lebih kaya, cam tu lebih success lah dia.Entry panjang kali ni, terlebih idea ke?

    BalasPadam
  6. Lain macam je Dahlan Botak ni.
    Chuck Versus Operation Awesome,Chuck Versus First Class, Chuck Versus the Mask, Chuck Versus the Fake Name, Chuck Versus the American Hero. Arghhh, semua nak mention kat mana si Dahlan ni muncul.

    BalasPadam
  7. inilah en3 paling panjang aku rase.tahniah!hu3

    BalasPadam
  8. errr. ini sebenarnya cite Dahlan (bukan nama sebenar) atau cite Dahlan si gambar last tu?

    BalasPadam
  9. Cik Ina:Childhood sweetheart tu.dari sekolah rendah.zaman2 dulu mana reti nak memilih awek2 kaya.cinta sejati.keh3.

    Tiba2 teringat macam2

    BalasPadam
  10. Ell:superhero mana ada orang kenal kalau dia berpakaian macam orang biasa.tak payah berteka teki

    BalasPadam
  11. Aleen: lebih kurang 875 patah perkataan.dulu ada lagi yang lebih panjang

    BalasPadam