"Before he came down here, it never snowed. And afterwards, it did. If he weren't up there now, I don't think it would be snowing. Sometimes you can still catch me dancing in it." Kim Boggs |
Masa sekolah asrama dulu, sekurang-kurangnya seorang akan handal menggunting rambut dalam setiap dorm. Selalunya upper form. Caj yang dikenakan hanya seringgit dengan risiko telinga tergunting sama.
Kalau budak-budak lower form nak potong kena dua ringgit. Sekurang-kurangnya lebih murah dari luar sana yang sekitar 3 ringgit di Alor Setar yang ketika itu belum lagi mencapai status bandaraya. Belum kira tambang bas dan nak beli air tebu buat menghilangkan kering tekak.
Nak kelihatan kacak ni kosnya boleh tahan juga masa tu.
Lower form kalau ada yang terror gunting rambut pun belum mahu menunjukkan kehandalan. Nanti tak pasal-pasal kena bagi perkhidmatan percuma. Tak pun kena gunting bahagian yang pelik-pelik.
Nak ke kedai mamak bukan kerja senang. Nak mempertaruhkan imej dan nyawa kita di tangan stranger. Gunting di kepala, pisau dekat tengkuk. Senang-senang saja nak potong urat merih. Senang-senang saja dia nak buat sideburn yang tak kemana tu jadi bentuk tirus dan tajam.
Fesyen pelik mana boleh masa sekolah. Kalau sideburn nak macam tu punya gaya, macam mana cikgu sains yang suka menarik sideburn nak meneruskan hobinya? Takkan dia nak tukar jadi suka tendang perut pula.
teringat citer johnny depp.
BalasPadamaku xde masaklah klo cigu nak tukar hobi.sbb aku xkena.kah3
BalasPadamcam tu kena gunting rambut kedai india, garenti tak de sideburn.
BalasPadamImran:Johny Depp makin menjadi lakonan mantapnya.Winona Ryder bahagian lain pulak yang semakin mantap.keh3
BalasPadamAleen:boleh terkeluar air mata beb kena tarik sideben.jangan main main.baik kena tendang perut
Cik Ina:Taste geng2 tu pelik sikit.apa yang lawanya sideburn tajam tah.
kami x penah pulak caj
BalasPadamselalu pakat, hg potong ambut aku
aku tolong potong ambut hg
pasai
kalau silap potong
pakat dok gelak ramai ramai
kahkahkah
kami tak buleh nak buat fesyen bukan2.memang la duduk dalam tu saja tapi sekolah campur laki pompuan.pakai neck tie dah hensem dah..
BalasPadamgedik!
BalasPadamhahaha