Pesan orang tua-tua, jangan jaga tepi kain orang. |
Kalau tak ambil tahu hal orang lain, apa yang nak disembangkan masa sesi teh tarik. Pengetahuan am perlu dikemaskini.
Nak berbincang hal ehwal agama jauh sekali. Ibarat meludah ke langit walaupun mungkin dapat pahala sekupang dua berkongsi ilmu agama. Cerita pum pang pum pang, mengamalkannya tidak.
Isu negara pula hanya sesi maki memaki. Keluar saja satu isu semasa, tangan kira nak tumbuk meja. Mulut dah penuh air liur nak meludah.
Lebih baik bercerita tentang si folan yang ada kena mengena dengan ahli-ahli sesi teh tarik. Tambah pula kalau tentang rakan pejabat, bos-bos, janda-janda muda dan sebagainya.
Bila bercerita sudah tentu akan ada ajinamoto. Sedap pula. Takkan tak pasang telinga. Takkan nak sms awek-awek yang belum tentu akan reply tengah-tengah malam buta. Henpon pula koman nak mampus tak boleh tweet.
Kalau kena gaya, gadis-gadis terdedah dada dan paha yang lalu lalang pun tak diambil peduli. Agak-agak tak puas hati dah pukul 3 pagi, sambung malam esok pula. Tambah korum. Mana tahu dia punya ajinamoto lagi umphh..
Memang best jaga tepi kain orang nih.
BalasPadamSaya sukeee
makcik malas nak jaga tepi kain org, sebab tepi kain makcik pun nak kena jaga.balik kerja , buat kerja rumah, layan suami ngan anak lagi berfeadah.
BalasPadamsebab ni juga
BalasPadami jarang join budak-budak opis makan
bukan sombong
cuma tahu sangat dah
cerita takde lain
aku tak puas hati itu ini itu ini
dan aku lah yang paling bagus bla bla bla
tipikal.
nah~~
okla
BalasPadamrasa nak delete je komen kat atas
macam panjang sangat
ni yang pendek:
SETUJU.
seluruh dunia kot, mengamalkan amalan tersebut terutamanya asean ......
BalasPadamesp women, gosipping, chit chatting, table talk, and at last fitnah timbul, kain org koyak rabak, garam gula campur sekali, last last mulut telopong and once knew the truth will say, "oooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooo" ...
lumrah. boleh diubah, kalau hati dan prinsip diubah. perhaps.
ell:boleh tido tak lena kalau tak amik tau.tak tengok melodi takda hal punya.
BalasPadamCik Ina:kadang2 kita tak mau jaga tapi ada orang tolong selak nak buat macamana.
BDC:kena join jugak sekali sekala.lain la kalau opis u ada wikiofice.boleh check online.keh3.
BalasPadamFifey:Helo.tapi laki pun pandai bawak mulut juga.
lantak ler kat dia org ....
BalasPadamapa kejadah nak jaga tepi kain org .... nak kena lempang ngan laki dia ...
tgk kain sendirik ... koyak ke tidak ...
Chik Att: kalau nak bersembang hal MLM orang lari punya.
BalasPadam