20110124

cookie cutter

Anak perempuan Ted Mosby
Ada seorang kawan cakap, kalau anak perempuan, elok ikut muka bapa. Yang lelaki elok ikut muka ibu. Dia dengar dari mana tah. Definasi elok tu lupa pulak nak tanya.

Tapi mungkin juga.

Seminggu dua ni asyik belek gambar kahwin rakan-rakan dalam fesbuk. Memang mengasyikkan.

Macam-macam style gambar dan posing. Yang buat aksi bukan-bukan tu memang bagi peluang untuk komen yang tak senonoh.

Ada yang bagi komen memuji, ucap tahniah dan paling teruk puji gambar cantik saja. Pasal pengantin langsung tak sentuh.

Kalau ya pun dah seronok sangat, jangan la letak semua gambar dalam fesbuk. Yang orang tag tu remove saja. Jangan ambil tau. Bukan orang kenal semua rakan fesbuk kita.

Nanti letak semua gambar, CIA boleh kenal semua ahli keluarga kita. Dah la segala maklumat peribadi tulis lengkap.

Dalam banyak-banyak tu ada sorang komen, "Eh..muka sama la..dah jodoh..."

Kenapa mesti ada "Eh.."? Kenapa mesti muka sama ada jodoh..? Muka tak sama bukan jodoh?  Orang-orang tua mana cakap macam tu? Supaya dapat anak ikut muka dua-dua?

Takkanlah nak kahwin dengan kakak sendiri..

Yang ni lebih baik ikut muka mak tak kira laki ka perempuan

8 ulasan:

  1. dorang dah tak de benda nak komen , jadi nak menyedapkan hati rakan taulan, terpaksalah komen. tu yang keluar komen tangkap muat.

    BalasPadam
  2. keji la u ni

    biaq pi la jodoh depa!

    ikut pak ka
    ikut mak ka

    sama sama buat
    sama sama la tanggung!

    kehkehkeh

    BalasPadam
  3. lagi satu mitos, kalau laki pendek dari isteri, jodoh panjang.

    BalasPadam
  4. hahahahha ... ikutlah muka mak ka bapa ka...

    ana2 CA semua ikut muka bapak ....

    BalasPadam
  5. bahaha.kuang ajor.sian laki heidi tuh.sentap die klo bace nih.hu3

    BalasPadam
  6. Cik Ina: "Minggu lepas aku nampak hang dengan pompuan lain.ni menikah dengan orang lain..keh3"...komen sebegini sepatutnya dibendung walaupun ada keh3.

    BDC:i ikut muka mak.harap maklum.

    BalasPadam
  7. Ms Weed:sejak 2,3 tahun ni baru jumpa sorang pompuan yang lebih tinggi.dia berpangkat bos.dia chinese.

    Chik Att:semua anak bapak la

    aleen:dia pakai spek hitam tu....

    BalasPadam
  8. ikut muka sapa sme tu kebetulan saja weh... hak tak ikut sapa2 pun ada gak... contohnya cam kes aku.. ikut sapa aku pun tatau.. campoq dua2 laa kot. kadang ada aku dengaq "muka erin sama cam muka opah time muda2 dlu".. haih.. kan dahkata satu genetik.. mesti terpalit sket laa.. tui dak?

    BalasPadam