20110127

Ops sikap

Pakcik posmen kata dah hampir sepuluh tahun pejabat pos tak upah orang part time masa raya. Kad raya dah tak banyak. Orang sentimental dah hampir pupus.

Pakcik posmen konfiden, "Staf pejabat yang ada pun boleh handle."

Aku tanya, "Gaji naik?"

Pakcik posmen senyum, "Minyak pun naik jugak".

Aku tanya lagi, "Gaji tak naik banyak kot? Minggu lepas saya nampak budak-budak pakcik hantar flyers pakai baju pejabat kat taman sebelah."

Pakcik posmen senyum perit. Terus belah. Banyak lagi surat nak hantar.

[,]

Kereta makin banyak. Tapi tak dengar pula JPJ dan polis nak offer part time saman-saman orang.

6 ulasan:

  1. Mana taknya sekarang orang banyak hantar kad raya online. kakitangan JPJ Ngan polis dah lebih dari cukup. Semalam makcik nampak kakitangan MPK, saman penjaja durian kat pasar malam, dorang ambik sekali ngan bakul durian . buat apa dorang durian banyak-banyak tu.saja nak gosip.

    BalasPadam
  2. hahaha

    akak cik ina!! fani plis!

    ...

    eh lupa ni blog budak sengal ni.
    haaa. kad kawen pun main tag kat fesbuk ja.

    .

    BalasPadam
  3. Kat kg CA , isteri dia polis ... tapi yang tahan org .... suami dia .... bantu membantu

    BalasPadam
  4. Cik Ina:tengok dalam tv kalau rampas dvd cetak rompak,kastam bakar.durian ni takkan nak bakar pulak kan..bakar bakul cukup la..

    BDC:kawan saya pos guna setem 8kupang.sejak bila ada setem 8 kupang skeping ni pun tak tau.

    ChikAtt:selalunya pompuan polis ni tinggi-tinggi.

    BalasPadam
  5. Aleen:pegawai JPJ menyamar naik bas macam penumpang.agak-agak dapat elaun ka claim milage..??

    BalasPadam