20110123

percaya

"Before he came down here, it never snowed. And afterwards, it did. If he weren't
up there now, I don't think it would be snowing. Sometimes you can still
catch me dancing in it."
Kim Boggs

Masa sekolah asrama dulu, sekurang-kurangnya seorang akan handal menggunting rambut dalam setiap dorm. Selalunya upper form. Caj yang dikenakan hanya seringgit dengan risiko telinga tergunting sama. 

Kalau budak-budak lower form nak potong kena dua ringgit. Sekurang-kurangnya lebih murah dari luar sana yang sekitar 3 ringgit di Alor Setar yang ketika itu belum lagi mencapai status bandaraya. Belum kira tambang bas dan nak beli air tebu buat menghilangkan kering  tekak. 

Nak kelihatan kacak ni kosnya boleh tahan juga masa tu.

Lower form kalau ada yang terror gunting rambut pun belum mahu menunjukkan kehandalan. Nanti tak pasal-pasal kena bagi perkhidmatan percuma. Tak pun kena gunting bahagian yang pelik-pelik.

Nak ke kedai mamak bukan kerja senang. Nak mempertaruhkan imej dan nyawa kita di tangan stranger. Gunting di kepala, pisau dekat tengkuk. Senang-senang saja nak potong urat merih. Senang-senang saja dia nak buat sideburn yang tak kemana tu jadi bentuk tirus dan tajam.

Fesyen pelik mana boleh masa sekolah. Kalau sideburn nak macam tu punya gaya, macam mana cikgu sains yang suka menarik sideburn nak meneruskan hobinya? Takkan dia nak tukar jadi suka tendang perut pula.

7 ulasan:

  1. aku xde masaklah klo cigu nak tukar hobi.sbb aku xkena.kah3

    BalasPadam
  2. cam tu kena gunting rambut kedai india, garenti tak de sideburn.

    BalasPadam
  3. Imran:Johny Depp makin menjadi lakonan mantapnya.Winona Ryder bahagian lain pulak yang semakin mantap.keh3

    Aleen:boleh terkeluar air mata beb kena tarik sideben.jangan main main.baik kena tendang perut

    Cik Ina:Taste geng2 tu pelik sikit.apa yang lawanya sideburn tajam tah.

    BalasPadam
  4. kami x penah pulak caj
    selalu pakat, hg potong ambut aku
    aku tolong potong ambut hg

    pasai
    kalau silap potong
    pakat dok gelak ramai ramai

    kahkahkah

    BalasPadam
  5. kami tak buleh nak buat fesyen bukan2.memang la duduk dalam tu saja tapi sekolah campur laki pompuan.pakai neck tie dah hensem dah..

    BalasPadam