20110117

sentimental


Semalam adalah harijadi adik bongsu yang ke 22. Semalam juga sambutan keputeraan Sultan Kedah yang entah ke berapa.

Secara fitrahnya, aku jarang bagi hadiah berdasarkan kejadian peristiwa. Ok,ini adalah ayat orang yang kedekut dan tidak sentimental. 

Tapi ini adalah fakta. Seingat aku sejak 5 tahun yang lepas, aku hanya bagi hadiah harijadi kepada dua orang saja termasuk adik bongsu.

Dengan ibu dan ayah, aku belanja makan saja. Dengan orang lain,aku ikut trend sekarang, wish dekat fesbuk saja. Dengan adik beradik dan orang lain yang agak rapat, aku sms.

Seperti warga kota yang lain, aku dan adik bongsu jarang berjumpa. Sejak 10 hari lepas, dalam 5 hari juga kami berjumpa. 

Adik bongsu cakap tak berhenti. Banyak cerita.

Aku anggap itu hadiah harijadi.

[,]

"dari rumah abang nampak KLCC? kalau tak nampak tak kira orang KL"

[,]
Pernah bagi buku, coklat, cerek elektrik, pita ukur,butang baju melayu, hasil seni dan sebagainya bukan sempena harijadi.

12 ulasan:

  1. nice entri

    terus terpikir segala benda yg penah bagi kat org
    macam BANYAK

    pastu pikir pulak yg org bagi
    macam SIKIT

    ceh.

    BalasPadam
  2. adek itu lelaki ke perempuan?agaga~

    BalasPadam
  3. saya selalu tunggu hadiah setiap kali hari lahir ... last last ..... beli kek potng sendiri ...sedihkan ....
    Lelaki2 dlm rumah ni , semua tak peka ...
    Mereka hanya peka ..... bila tiba hari lahir mereka ....maka saya juga yang beli kek untuk mereka.....

    huwaaaa.... waaa sedih loooo

    BalasPadam
  4. Makcik orang yang tak pernah bagi hadiah kat anak makcik, bila hari lahir mereka.Tapi makcik pelik,bila harijadi makcik, dorang tak pernah lupa. makcik cakap pada mereka, kasih sayang makcik pada mereka tak ternilai, itulah hadiah makcik.

    BalasPadam
  5. BDM:tengs.sekarang pakai tshirt souvier yang orang bagi saja.koleksi byk.

    hadiah yang orang bagi bukan masa bithday sangat sentimental.

    masa bagi pita ukur kat member,dia sangat hepi."macamana hang tau aku tengah cari..?"


    aleen:perempuan.bila jalan sama-sama orang ingat awek/isteri.dia lebih putih.

    BalasPadam
  6. Chik att:lelaki yang peka kat malaysia ni hanyalah datuk k

    Cik Ina:ayah saya tak pernah pakai baju merah.bila saya bagi dia pakai jugak.mula2 inagt nak test market saja.

    BalasPadam
  7. Mak I slalu cakap, "ko je asik bagi hadiah kat orang, sampai masanya orang tak bagi ko ape-ape". I seorang yang suka memberi hadiah tapi kata orang, pecah kaca pecah gelas. ^_^

    BalasPadam
  8. ell:kat ofis masa krismas buat exchange gift.tka join pun.masa raya tak mau buat pulak.

    BalasPadam
  9. BDC:alamak.macamana boleh typo pulak ni. M dah la jauh dari C

    BalasPadam
  10. teringat plak masa sekolah rendah, I bagi siput putih tapi kat atas tu I kaler/cat la badan dia bagi kalerful. ada kwn sorang tiru gak tapi dia pergi ambik kulit siput babi, dan kaler jugak. LOL. Bongok nak niru orang.

    BalasPadam