20110119

tepi kain

Pesan orang tua-tua, jangan jaga tepi kain orang.

Kalau tak ambil tahu hal orang lain, apa yang nak disembangkan masa sesi teh tarik.  Pengetahuan am perlu dikemaskini.
 
Nak berbincang hal ehwal agama jauh sekali. Ibarat meludah ke langit walaupun mungkin dapat pahala sekupang dua berkongsi ilmu agama. Cerita pum pang pum pang, mengamalkannya tidak.
 
Isu negara pula hanya sesi maki memaki. Keluar saja satu isu semasa, tangan kira nak tumbuk meja. Mulut dah penuh air liur nak meludah.
 
Lebih baik bercerita tentang si folan yang ada kena mengena dengan ahli-ahli sesi teh tarik.  Tambah pula kalau tentang rakan pejabat, bos-bos, janda-janda muda dan sebagainya.
 
Bila bercerita sudah tentu akan ada ajinamoto. Sedap pula. Takkan tak pasang telinga. Takkan nak sms awek-awek yang belum tentu akan reply tengah-tengah malam buta. Henpon pula koman nak mampus tak boleh tweet.

Kalau kena gaya, gadis-gadis terdedah dada dan paha yang lalu lalang pun tak diambil peduli. Agak-agak tak puas hati dah pukul 3 pagi, sambung malam esok pula. Tambah korum. Mana tahu dia punya ajinamoto lagi umphh..

9 ulasan:

  1. Memang best jaga tepi kain orang nih.
    Saya sukeee

    BalasPadam
  2. makcik malas nak jaga tepi kain org, sebab tepi kain makcik pun nak kena jaga.balik kerja , buat kerja rumah, layan suami ngan anak lagi berfeadah.

    BalasPadam
  3. sebab ni juga
    i jarang join budak-budak opis makan


    bukan sombong



    cuma tahu sangat dah

    cerita takde lain
    aku tak puas hati itu ini itu ini
    dan aku lah yang paling bagus bla bla bla

    tipikal.

    nah~~

    BalasPadam
  4. okla

    rasa nak delete je komen kat atas
    macam panjang sangat

    ni yang pendek:

    SETUJU.

    BalasPadam
  5. seluruh dunia kot, mengamalkan amalan tersebut terutamanya asean ......
    esp women, gosipping, chit chatting, table talk, and at last fitnah timbul, kain org koyak rabak, garam gula campur sekali, last last mulut telopong and once knew the truth will say, "oooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooo" ...
    lumrah. boleh diubah, kalau hati dan prinsip diubah. perhaps.

    BalasPadam
  6. ell:boleh tido tak lena kalau tak amik tau.tak tengok melodi takda hal punya.

    Cik Ina:kadang2 kita tak mau jaga tapi ada orang tolong selak nak buat macamana.

    BalasPadam
  7. BDC:kena join jugak sekali sekala.lain la kalau opis u ada wikiofice.boleh check online.keh3.

    Fifey:Helo.tapi laki pun pandai bawak mulut juga.

    BalasPadam
  8. lantak ler kat dia org ....
    apa kejadah nak jaga tepi kain org .... nak kena lempang ngan laki dia ...

    tgk kain sendirik ... koyak ke tidak ...

    BalasPadam
  9. Chik Att: kalau nak bersembang hal MLM orang lari punya.

    BalasPadam