20110224

andai aku pandai menyanyi

Ultras Malaya sangat bagus kalau kita berada di teres bertentangan dengan mereka. Mereka mempunyai stamina menyanyi seperti ahli pengakap sekolah yang tak pernah terlepas perkhemahan jamboree. 

Mereka mula menyanyi tanpa henti selama hampir dua jam selepas selesai lagu kebangsaan dan menutup tirai dengan lagu penghargaan kepada pihak polis dan Rela sambil memberikan tabik hormat. 

Lagu-lagu rakyat seperti Can Mali Can dan Enjit-enjit Semut diberi lirik baru yang lebih sesuai dengan keadaan semasa dan diselang seli dengan tarian yang adakalanya seperti dikir barat. 

Kalau ada orang atasan yang tidak mengaku sumbangan puak-puak Ultras ni terhadap suasana bolasepak negara, janganlah pula menuduh tiada semangat sukan. Mereka adalah daya penarik dan tidak membuang sampah di merata-rata.

Ultras Malaya sangat bagus kalau kita berada di teres bertentangan dengan mereka. Bukan beberapa baris kerusi di belakang mereka.


18 ulasan:

  1. haha.




    (layout kau menyedapkan pandanganku. tulus.)

    *aku cuma mampu komen haha* sebab cuma mampu membayang kan keadaan, tapi untuk merasainya belum ada lagi.

    BalasPadam
  2. cuba bagi lirik lirik modified tu




    cepat a!

    BalasPadam
  3. sedih, teringatkan semangat berkobar-kobar arwah adik ke stadium shah Alam masa perlawanan bola sepak.

    BalasPadam
  4. lagu enjet2 semut kegemaranku...hahaha...semangat utk ketawa brkobar2...

    BalasPadam
  5. ultras terbaik, mereka penghibur dan penyokong tika duka dan suka...

    BalasPadam
  6. Saya menyanyi tanpa semangat, bagaikan soldadu terlupa ikrar..

    BalasPadam
  7. jangan menyanyi..biar dunia ni sepi elok begitu

    BalasPadam
  8. matahari:masuk dalam list things to do.priceless.tapi memang kena duduk bertentangan.kalau duduk belakang namapk bontot lelaki lain bergoyang menari memang tak kena langsung dengan jiwa

    BalasPadam
  9. afro:yup.tapi aku pakai jersi lama yang ada keris..(dan logo FAM..keh3)..kira aku dah lama sokong sebelum kuat...

    BalasPadam
  10. BDC:ubah sikit saja.

    Dimana dia harimau malaya..harimau malaya yang pakai baju kuning

    Dimana dia musuh2 kita..musuh2 kita yang pakai baju putih..can mali can

    BalasPadam
  11. Cik Ina:first time ke stadium shah alam.kurang semangat sikit.stadium saya stadium darulaman

    BalasPadam
  12. HKlimah:enjit2 semut tu berbaur lucah...

    BalasPadam
  13. republik9:semangat mereka lain macam.polis dan rela datang dekat tak sempat pasang flare merah

    BalasPadam
  14. Gedek:lenguh la ketiak angkat tangan cuba nak ingat ikrar

    BalasPadam
  15. brutal:tak menyanyi simpan suara untuk menjerit

    BalasPadam
  16. kompem anda adelah antara yg berada d blakang mereka.teringin nak tengok bola kat stadium secara live!haih.

    BalasPadam
  17. aleen:betol3.dulu duduk teres sebelah.feel habis.

    BalasPadam