20110202

selamat dan huru hara


Berhati-hati di jalanraya bukanlah bermaksud elakkan kemalangan saja. Saman juga perlu dielakkan. Kecelakaan besar kalau kena saman.

Ada yang seronok dapat sms ucapan selamat tahun baru cina dari perdana menteri walau dia tak ucap berhati-hati di jalan raya pun. 

Perdana menteri amat prihatin boleh tau nombor telefon semua rakyatnya walaupun asyik tukar setahun sekali.  Dengar cerita, emel pun dia tau. Jemput minum teh.

Lepas ni PTPTN pun tau juga gamaknya. Nak ajak jumpa lawyer.

Rakyat Malaysia di Mesir yang amat perlukan bantuan tu janganlah risau. Perdana menteri kita ada nombor telefon. Dia akan hantar sms ucapan selamat.

Kita yang tak ada nombor ni berdoa sajalah. Semoga dapat selamat pulang. Rakyat di tanah air akan bagi sumbangan melalui saman.

8 ulasan:

  1. yah. dia emel saya ucap kongsi kongsi hari raya lah.

    BalasPadam
  2. PM suruh syarikat telekomunikasi yg hantar sms, kalau tak caya cuba check, ayat cam skema je.

    BalasPadam
  3. cik ina, saya dapat emel je. sms tak dapat. hahaha

    BalasPadam
  4. selagi tak kena kat depa
    memang xdak tindakan apa2



    kes kena bom mati yg local
    pun senyap lagu tu ja


    .

    BalasPadam
  5. eLL:sms tak dapat.emel pun tak dapat.rakyat malaysia yang tak penting kot.

    Cik Ina:baguslah kalau begitu.lebih bagus kalau dia suruh dan bayar guna duit sendiri.

    BDC:kalau tak dapat habuan kita semua adalah pembangkang

    Imran:geram tiba-tiba

    BalasPadam
  6. aku tak dapat apa-apa ucapan dari PM.

    aku... kecik hati.

    BalasPadam
  7. Ungu:kalau dapat sms nanti jangan bagitau isteri dia pulak.huruhara negara nanti

    BalasPadam