20110610

hujan emas


Kecik-kecik dulu ingat Puduraya tu lah KL. Sesak semacam. Semak perut dengan manusia. Luar pada tu dah kira tempat lain.

Tak ingat pulak tandas kena berapa sen. Kecik lagi ayah yang bayar. Semalam bayar sendiri. Pudu dah cantik jelita. Tapi tandas masih konsep yang sama. Wet toilet. Bocor sana sini.

Sebelum balik, walaupun dengan bas, servis kereta dekat rumah. Habis diselakselongkar cakap macam-macam nak kena tukar. Kalau kena tukar sampai macam tu sekali, baik beli kereta baru.

Kalau kat  kampung senang saja. Suruh pomen tukar minyak enjin, yang tu saja dia buat. Cek air bateri pun tidak. Tak payah risau kos tambahan. Nanti bila rosak pikir lain.

Pernah ada kawan cerita, masa makan kat Bangsar, brader kedai tu sound "Dik, kalau dah makan sila bayar.."  Memang lah ramai orang tengah menunggu tapi mana ada orang makan terus nak belah.

Kat kampung lain pula bahasa brader kedai. "Bang, mee dah habih tapi pekakaih masak dia ada lagi.." Orang kampung aku langsung tak dak perasaan nak kaya.




12 ulasan:

  1. tempat bas parking kat bawak puduraya tu juga di kenali sebaai 'gas chamber'

    BalasPadam
  2. selamat bermanja2 dgn ibunda & ayahanda tercenta ye~~

    BalasPadam
  3. belum ada masa nak tengok puduraya...aku ingatkan puduraya pon akan jadi macam penjara pudu,tinggal kenangan jer..

    BalasPadam
  4. beza bandar dan kampung. hey, gmbr di atas tu kg kau ke? indah sungguh.

    BalasPadam
  5. puduraya baru eh,,
    tak tengk |agi,,
    hu, 0rg kg bahagia kerana derang |ebih se|esa dengan sederhana,, :)

    sederhana tu bahagia :)

    BalasPadam
  6. puduraya ialah kuala lumpur yang sebenar.

    taiklah.

    banyak orang asing.

    BalasPadam
  7. baru semalam g kl.. singgah puduraya sebab nak balik seremban.. memang terperanjat.. Wow puduraya dah cantik.. cam g klia rasanya hahahaha!!

    tp tak singgah la pulak toilet.. huhuhu

    BalasPadam
  8. cikina:ikhlas berniaga

    gedek!:takut tunggu kat bawah

    rahimah:seronok tidak terperi

    afro:makan pun sesuka hati

    ezan:balik!!!!

    ries:kena pindah bandaraya lain pulak...tengok cara macamana

    ghost;tak pernah kena pow...lega...puduraya baru tak perasan pulak balai polis kat mana

    hana:tak.gambar google.

    mutiara:tah tarik 7 kupang ada lagi.bahagia

    pyka:masa saya kecik2,awak ada di mana tah...says sudah tua

    ikhram:kalau tak melawat terminal tasik selatan,puduraya memang the best lah...

    BalasPadam