20110822

Diari Ramadhan (10)


"Cuti raya lama?Nak balik KL bila?Kenal dak anak PakMat? Ada orang kata satu pejabat" 

Bila orang kampung tanya macam ni, nak jawab pun serba salah. Aku nak ke KL 2 minggu sekali pun susah. Takkan nak cakap balik Selangor. Tak cukup urban pulak. 

Anak PakMat kalau satu sekolah dengan aku pun belum tentu aku kenal. Inikan  pulak pejabat aku ni dah macam satu daerah kecil.

Minggu lepas membuat percubaan beli baju raya di sebuah pusat membeli belah yang cukup sesak di KL. Nak cuba baju dan seluar pun kena main sarung depan cermin saja. 

Nak beratur ke fitting room janganlah harap. Nak beratur beli putu piring kat pasar ramadhan pun aku tak berminat.

Tengah seronok bergaya depan cermin cuba baju baru, tiba-tiba ada perempuan datang raba-raba dada sambil mencari sesuatu. 

Rupa-rupanya dia cari tanda harga yang selalunya tersangkut kat lubang butang baju nombor dua.

Lepas tu dia belah macam tu saja.

Aku rasa kalau dia raba aku sampai ke perut atau pun tempat lain, sudah tentu dia sedar yang aku  ni bukan mannequin.


14 ulasan:

  1. hang dah standby baju raya..jgn lupa beli bg org kampung..aku tinggal nak beli songkok je kat pekan rabu...hahahaa

    BalasPadam
  2. jangan bagi die raba, kang tak pasal2 poasa ngko tinggal rangka...

    BalasPadam
  3. tak mungkinlah dia letak tanda harga dekat bahagian perut baju.

    syukurlah kau bukan perempuan.

    BalasPadam
  4. best la kena raba. keh keh

    BalasPadam
  5. best kena raba abam? kih3.

    BalasPadam
  6. hahaha
    mannequin kaler putih ke kaler hitam?

    BalasPadam
  7. copppp....gambar tu...kalo tenung lame2...leh batal pose tak...keh...keh..keh...

    BalasPadam
  8. pergghh time posa meraba2 pulak yer.. kira hang segak tahap manequin aa neh?

    BalasPadam
  9. gambar yang mendebarkan bak kata kak limah

    BalasPadam
  10. antara entri lu yg agak panjang.

    BalasPadam
  11. selamba badak betoi perempuan tersebut?

    BalasPadam
  12. selamba je dia raba? apsal la tag price tu tak letak kat zip seluar... huhuhu

    BalasPadam