20110302

lambang kemegahan



Kerana masa sekolah dulu hampir setiap hari menyanyi, aku rasa lagu kebangsaan tak lah best sangat. Lagu-lagu lain pun kalau nyanyi kerap sangat. 

Jangan kata aku tak patrotik. Aku bayar cukai 5% yang sekarang dah jadi 6%, beli barangan tempatan seperti DVD cetak rompak, pernah beberapa kali disaman trafik dan sudah dua kali keluar mengundi. 

Tak ingat dari suratkhabar mana, minggu lepas Timbalan Perdana Menteri kata lebih sejuta rakyat menjadi ahli parti pemerintah tidak mendaftar sebagai pengundi. Ini lebih keji dan tidak patriotik. Nak ambil kesempatan saja puak-puak tu.

Kerana sudah lama tidak menyanyi, bulu roma meremang juga. Dulu menyanyi free langsung tak suka. Sekarang  menyanyi nak kena bayar. Pelik pula kalau saja-saja nak menyanyi lagu negaraku dalam bilik air.

Kali ini duduk jauh dari budak-budak ultra yang terus memberi sokongan tanpa syarat.[1] Dari jauh nampak macam ada perempuan. Perempuan di stadium yang memakai jersi yang agak ketat akan mengundang siulan gatal.

Kali ni sokongan agak berbelah bagi dan disertai dengan caci maki kerana pasukan yang aku sokong kalah. Harap-harap anak-anak kecil yang ikut ke stadium tidak terpengaruh.

4 ulasan:

  1. Kadang-kadang bila pasukan yang disokong kalah, tak sedar menghambur kata kata kesat. Ada ke orang yang pergi stadium bawak budak kecil?makcik tak de pengalaman cam tu.

    BalasPadam
  2. biasalah beb. tipulah kalau pergi stadium tak menjerit maki hamun carut marut semua :)

    BalasPadam
  3. I pun dah mengundi tau. Dulu, setiap pagi kena nyanyi lagu kebangsaan. My x-principle sokong bukan kerajaan. Masa tu kitorang cikai-cikai nyanyi...sekali dia mengamuk keluar dewan (merajuk). Habis kena bebel, segala maki hamun keluar. Kitorang terkujat pastu second round terus macam orkestra kebangsaan. Tak sangka lak dia patriotik walaupun bukan sokong gov. Hehe

    BalasPadam
  4. CikIna:Ramai jugak yang bawak.budak2 kecik tu nanti mungkiningat mencarut itu perkara biasa..

    afro:budak2 ultra tu aku rasa tak mencarut langsung.asyik menyanyi saja kerja depa..

    eLL:kerajaan pemerintah tu tak sama dengan negara..

    BalasPadam